Enam Puluh Empat 64
Sebak.
Setiap kali aku teringatkan dia.
Kesusahan dia menjaga aku dan adikku ketika kecil.
Pasti aku akan sebak.
Entah mengapa.
Dan bukan pun hidup kami susah,
Hingga tidak cukup makan,
Dan tidak cukup pakai,
Cuma aku terkenang,
Sanggupnya dia melepaskan kerja,
Hanya untuk menjaga anak,
Dan akhirnya, ditinggal suami,
Yang pergi mencari perempuan lain.
Dan apabila berita buruk ini,
Sampai ke telinga dia,
Dia tenang saja,
Ya, menangis, tapi tenang,
Dan dia berkata kepada aku,
Kalaupun, Ayah tidak mahu bersama kita,
Kita jangan jadi liar, dan hendakkan salahkan takdir,
Kita mesti tenang dan terima ketentuanNya.
Dan atas segalanya yang dia lakukan untuk aku,
Aku minta maaf,
Kerna hajatnya masih belum dapat aku langsaikan,
Belum ada insan yang mahukan anak mu ini.

Comments
Post a Comment