Seratus Satu 101

Untuk Kau, Lelaki Aku

Aku bayangkan kau seorang yang indah,
pada pandangan mata aku,
cukup untuk membuat aku tersenyum,
setiap kali,
aku terfikirkan mu.

Aku bayangkan kau seorang yang taat,
pada perintah Tuhan,
dan mampu untuk membimbing aku.
Pun begitu,
bukanlah seorang yang sempurna,
kerna kau akan sempurna,
bila dengan aku.

Aku bayangkan kau seorang yang paling memahami aku,
teliti dengan segala rencah aku,
faham akan segala,
kemahuan aku,
kebebasan aku,
kerna kau faham,
yang aku sayang, hanya kau seorang.
dan aku juga faham,
yang kau sayang, hanya aku seorang.
Itu sudah cukup buat aku dan kau.

Aku bayangkan kau seorang sahaja,
yang mampu terima aku,
dalam keadaan aku hina,
dan juga dalam keadaan aku,
yang penuh dengan segala kelemahan,
dan kau sahaja yang mampu terima aku.
Kerna aku pun tidak tahu,
apa kelebihan aku,
apa kebaikan aku.
Tapi kau terima aku,
dan membuat aku,
lebih baik,
lebih indah,
dari aku yang sebelumnya.

Aku bayangkan kau akan hadir,
dalam kehidupan aku yang marhaen,
Namun kalau kau tak muncul jua,
dan kalau kita tidak ketemu dalam dunia,
Kau tunggu aku di pintu syurga, ya.

Aku akan tunggu kau di situ,
dan aku bayangkan,
kau dan aku,
berpimpin tangan,
masuk ke dalam Jannah.

Comments

Popular Posts