Seratus Dua Puluh Enam 126

Jelek

Aku tak marah,
Cuma aku sedih.

Kalau kau rasa jelek dengan aku,
Kau cakap la pada aku.

Jangan diam sahaja,
Sebab aku tidak akan faham,
Dan aku akan terus mencuba,
Tanpa aku sedar,
Yang engkau jelek rupanya.

Bagitau aku,
Apa kau rasa,
Dan kalau aku sudah kuat,
Nanti aku akan beransur pergi.

Aku sudah berjanji, pada diri sendiri,
Kalau orang sudah tak sudi,
Aku akan pergi.

Cuma.
Beri aku sedikit masa ya.
Untuk mencari kekuatan diri.

Comments

Popular Posts