Seratus Dua Puluh Lapan 128
Apakah sama dugong dengan Nensi?
![]() |
| Gambar ehsan : http://www.greatbarrierreefs.com.au/wp-content/uploads/YEAH-EAT-IT.jpg |
Kalau orang yang sangat rapat dengan aku, mereka akan kenal aku. Meskipun aku nampak kecoh dan 'outspoken', aku sebenarnya inferior. Terutamanya terhadap rupa aku.
Mungkin sebab seawal aku muda remaja, aku asyik dirijek. Yelah,mana taknya. Kalau nak kawan pun ada orang cakap pada aku,
"Kau rasa kau layak nak kawan dengan aku."
Atau;
"Actually, I am gay."
Atau;
"Actually, I am gay."
Macam-macam alasan orang bagi kat aku. Macam mana aku rasa masa itu? Rasa sentap la. Dan keyakinan aku makin merudum jatuh. Dan inferior aku makin meningkat tinggi.
Maka, aku membesar dengan perasaan yang aku memang bukan orang yang cantik jelita. Jadi, kalau dah tak cantik jelita, sekurang-kurangnya hati kena baik laa. Takda laa nanti orang kata dah laa hodoh, jahat plak tu. Sampai sekarang. Aku cuba memegang watak kehidupan, baik tapi tak cantik. Cuba lah jadi baik hati, yang terbaik mungkin.
Itu lah kebiasaan aku. Walaupun, sudah tahu dan sedia maklum, yang diri ni memang tak seberapa dari segi rupa, tapi peliknya, bila ada orang tegur kata aku tak cantik. Aku akan sentap. Masa itu aku akan terdiam.
Mungkin perempuan memang macam ni. (tolong maafkan aku kalau bukan semua perempuam macam ni, mungkin aku sahaja). Perempuan melihat cantik itu bukan pada fizikal semata-mata. Cantik itu pada budi, pada pekerti, pada adab, pada perwatakan, pada agama dan juga pada hati dan cantik pada harta, #eh! Sebab itu, aku boleh senaraikan seribu satu kecantikan pada lelaki yang aku suka, walau pada hakikatnya, kawan2 aku akan cakap,"heh, apahal lah kau suka mamat itu?" Dan selalunya, orang yang aku suka selalunya tak 'handsome' pun. Taste aku macam Lee Min Ho atau Fahrin Ahmad, dan lelaki yang aku suka semua, non hado. Tak macam langsung. Like 20% pun tidak. Tapi aku tetap suka. Sebab aku rasa dia cantik. Noktah.
Jadi, apa perasaan aku bila orang yang aku agak suka lah tiba2 panggil aku dugong?
Kalau tengok reaksi aku pada masa itu, aku terdiam terus. Dan ini pelik. Sebab selalunya, aku akan sepantas kilat mencari 'point' untuk melawan. Maklum laa bekas pendebat. Tapi kali ini aku tewas. Sebab tak pernah sekalipun dalam hidup ini, orang panggil aku dugong. 'First time' serius. Selalunya orang akan panggil aku gemok laa debab laa. Tu semua panggilan lazim aku. Tapi dugong. 'Amazing man! I never thought of that.' Dan ketika itu, aku memang terdiam bisu. Dan aku tukar topik, dan aku berlalu pergi.
Dan sebagaimana lazimnya, bila benda tu asyik dalam kepala, aku mula memikirkan jawapan kreatif untuk membalas. Dan aku jumpa jawapan. Lain kali, kalau orang panggil aku dugong, aku nak cakap la "Eh, dugong ni 'endangered species' tau. Baik awak amik saya cepat2. Nanti dah pupus, nanti menyesal awak"
Ok. Fine. I know it's a lame pickup line. Hahahaha. But what the heck!
Dan semakin aku bertambah umur, makin aku tenang dengan pandangan orang terhadap fizikal aku. Kalau nak cakap, cakap la. Bukan diorang yang bagi aku makan atau duit pun. So chill. I don't lose anything.
Cuma kadang-kadang adalah rasa sunyi sedikit atau rasa diri nak disayangi. Kita semua kan manusia.

Comments
Post a Comment