Seratus 100

Surat Kepada Diri Sendiri Pada Hari Lahirku yang ke 30

Kau telah banyak lalui kehidupan ini,
Dan Kau berjaya mengatasinya.
Kau seorang yang kuat.
Teruskan menjadi kuat.

Kalau ada orang yang mahu menjatuhkan diri kau,
kau angkat saja kaki,
dan beredar,
orang seperti itu tidak layak pun berada dalam hidup kau.

Kalau kau rasa sedih kerana sunyi,
kau ingat sahaja,
pada sahabat-sahabat yang sentiasa ada di sisi,
walaupun jarak memisahkan kau dengan mereka,
mereka sentiasa ingat untuk komunikasi dengan kau,
orang seperti ini,
kau simpan dalam hidup kau,
ingat selalu pada mereka.

Kalau kau rasa tidak layak,
untuk apa-apa benda sekalipun,
kalau kau rasa rendah diri, tidak tentu pasal,
kau angkat tinggi kepala kau,
dan berjalan melihat dunia,
kerna ada sebab untuk kau dilahirkan,
dan sebab itu,
bukanlah untuk kau rasa tidak layak.

Kalau kau tidak menemui teman hidup kau,
jangan sedih,
banyak lagi benda yang boleh kau tuju,
mula dengan menjaga kedua ibu bapa mu,
itu yang paling penting.
Dan mula senaraikan segala benda yang kau mahu lakukan.

Dan kalau kau sedih kerana terluka,
oleh orang-orang yang kau sayangi,
maafkanlah mereka.
kerna mereka mungkin takkan tahu,
betapa kau sayangkan mereka.
kau maafkanlah mereka.

Belajar rajin-rajin tentang ilmu kehidupan.
Cuba jadi hamba yang sempurna.
Jadi seorang manusia.

Comments

Popular Posts