Lapan Puluh Lima 85

Kali ini nota aku akan lebih panjang dan menjela.

Tentang famili.

Orang selalu kata, kita tidak boleh untuk memilih famili kita. Kita, ditentukan tuhan untuk dilahirkan dalam sesebuah famili, dan sampai kita mati, akan berada dalam famili itu. Ini famili ikatan keturunan, memang tidak boleh dipilih. Terima dan redha sahaja.

Tapi aku agak bertuah, aku ada kawan yang aku andaikan sebagai famili. Sayangnya aku kepada mereka, hampir sama seperti sayang aku kepada famili aku. Di kala, famili aku kacir, dan aku perlu untuk kelihatan kuat di hadapan famili aku, kawan-kawan aku yang aku tuju. Dan mereka seperti biasa akan dakap aku, cakap aku, tenang aku. Dan aku bersyukur kerana aku mempunyai kawan begini. Banyak yang membantu dari yang memusnahkan, banyak yang menyedar dari menyesatkan dan banyak yang menyokong dari menjatuhkan.

Jadi, mengapa aku tiba-tiba saja jiwa dan mengingat momen-momen ini? Kerana aku sedang jiwa. Itu saja.

Comments

Popular Posts