Lapan Puluh Enam 86

Terjun

Hujan renyai-renyai. Aku biarkan sahaja jatuh dan titik atas badanku. Aku pandang ke bawah. Lapan puluh lapan tingkat ke bawah. Semua tampak kecil. Kereta-kereta di bawah nampak macam kereta 'hotwheels' yang ayah aku pernah belikan untuk adik lelakiku. Sejuknya terasa, sehingga ke tulang, orang kata. Oh, aku lupa! Bila berada di tingkat lapan puluh lapan, pasti angin pun boleh tahan ganasnya. Kombo angin dan hujan, memang sejuk, sesejuk hatiku pada masa ini.

Aku kenang kembali, mengingat kembali, bagaimana aku boleh ada di sini. Aku memang bekerja di bangunan ini, aku ingat itu. Bangunan berkembar tertinggi di Malaysia, Menara Berkembar Petronas, kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Tapi bagaimana aku boleh berada di atas menara satu ini. Seingat aku, aku ada tujuan ke sini. Tapi aku sendiri kurang pasti apa tujuan itu. Cuma yang pasti, kaki terus melangkah, dan akhirnya berhenti di sini. Di tengah-tengah pola gondola ini.

Oh, aku baru teringat, tiga puluh minit yang berlalu, aku berjumpa dengan Adam, si dia yang berjaya mencuri hatiku. Selepas itu apa ya?

Oh, tidak tidak! Hati amarah aku mula ingat. Aku jumpa Adam, dan perempuan itu. Aku pernah nampak Adam dan perempuan itu berbalas komen di 'Facebook'. Tapi aku ingat mereka hanya kawan biasa. Aku terus pergi ke Adam dan terus bertanya tentang kita. Tapi Adam kata, kita tidak ada apa-apa. Malah kita tidak wujud. Cara dia layan aku, sama sahaja seperti cara dia melayan kawan perempuan lain. Kata Adam, hati dia hanya pada si dia. Si dia yang sekarang berada di depan mata aku.

Mata aku terus menjadi hijau. Aku hanya kawan biasa. Setelah apa yang aku berikan. Keseluruhan kehendak zahir dan juga batin, aku turutkan kerana sayang aku pada kau, Adam. Aku tidur dengan engkau Adam. Kata-kata kau, Adam yang menyatakan kau rindu dan sayang aku. Rupanya hanya kata-kata kepada kawan biasa. Baik aku pergi mati sahaja.

Baru aku teringat, kenapa aku di sini. Aku mahu pegi menemui mati. Hidup aku sudah musnah. Hati aku sudah tertinggal bersama Adam. Ruang yang sepatutnya ada hati aku sudah kosong. Kaki aku melangkah pergi, tanpa akal aku boleh mengawalnya. Yang mengawal pergerakan badan aku sekarang adalah ruang hati aku yang kosong.

Padanlah aku ada di sini. Mahu jumpa mati. Hujan semakin lebat, bercampur dengan air mata yang mengalir deras dari mata aku. Aku mulai dengar suara-suara kecoh. Mungkin mereka baru sedar aku di sini. Polis bantuan sudah tiba, untuk susulan selanjutnya. Ada seorang polis bantuan yang aku kenal, dia menjerit nama aku,"Nera, jangan terjun!"

Aku panik. 'Jangan terjun?', tapi aku mau menemui mati. Hati aku sudah tidak ada di dunia ini lagi. Aku jerit kembali,"Bagitahu Adam, aku akan sentiasa sayang dia. Walaupun, dia tidak pernah sayang pada aku." Aku pejam mata, aku sedar, insan hodoh seperti aku memang tidak mungkin layak bersama Adam. Aku sepatutnya sedar itu dari awal lagi. Kesilapan dan kebodohan aku. Aku angkat kaki kanan aku. Kaki kanan aku kini tergantung di tengah-tengah ruang udara ini. Aku rasa sangat ringan. Hujan makin lebat. Lagi deras air mata aku meleleh dan aku biarkan sahaja. Aku pejam mata kali kedua, kali ini lebih rapat aku pejamkan. Aku hulurkan kepala.

Dan aku pun terjun.

Comments

Popular Posts