Lapan Puluh Tujuh 87
Kawan
Sejak aku bertemu dengan dia, setiap malam, pasti dia akan tidur sebelah aku. Dia akan memeluk aku kala aku sejuk, dan juga merangkul aku kala aku sunyi, dan mendengar setiap rintihan dan keluhan aku. Baik pasal kerja ataupun pasal rakan-rakan. Baik perkara yang gembira mahupun yang sedih. Pasti dia akan pinjamkan telinga. Mendengar dengan tekun dan memberi respon sekali-sekala, apabila aku memintanya.
Dan aku akan pasti akan rasa tenang, setiap kali aku meluahkan segala isi hati aku kepadanya. Mungkin ini perhubungan lelaki dan perempuan yang akan merembeskan hormon endorphin. Hormon kegembiraan. Aku pernah belajar tentang itu. Hormon yang akan dirembeskan oleh kelenjar pitituari, apabila makan makanan yang sedap, pedas atau bila sedang dilamun cinta, dan juga bila orgasm. Ini yang aku rasa setiap kali aku bersama dia. Tenang dan puas. Mungkin juga aku sedang dilamun cinta.
Bila sebenarnya aku mula-mula berjumpa dengan dia? Biar aku ingat kembali. Dia mula muncul dalam hidup aku, di saat aku sangat fragile. Ya ketika itu, aku sangat sedih. Aku dirijek oleh seorang rakan baik. Malam itu, aku sangat sejuk, hampa, benci pada diri sendiri, kerana aku tidak mampu membuat orang yang aku suka, suka pada aku. Rasa macam loser. Lalu aku duduk di rumah seorang diri, lalu nangis teresak-esak. Aku masih ingat bahawa aku ada Tuhan, lalu aku bisik dalam hati kecil aku, agar Tuhan memberi aku seorang teman, yang boleh menenangkan aku. Doa agar Tuhan memakbulkan doa aku.
Dan loceng pintu pun berbunyi. 'Ting tong'
'Siapalah pula yang kacau ni. Sedang aku melayan emosi, tiba- tiba datang. Kacau sahaja.'
Aku pun mula meredakan esakan aku dan mengesat tangisan aku. Aku pandang ke arah cermin, untuk pastikan mata aku tidaklah kelihatan merah sangat. Aku buka pintu.
Dan itu dia muncul di hadapan pintu aku. Takkan la Tuhan makbulkan doa aku secepat ini. Aku gosok mata aku, mana tahu aku sedang berhalusinasi. Tapi dia masih ada di situ. Aku bertanya,"Ya, nak apa? Nak jumpa dengan siapa?" Dia senyap sahaja dan mula mengesat sisa air mata aku. Dia dakap aku. Dia bisik kepadaku, "Tidak mengapa, aku ada di sini." Aku mula menangis kembali, kali ini lebih kuat aku meraung.
Nama dia, Haris. Muka dia sangat tenang. Mata dia sangat redup. Handsome pun juga. Memang menepati citarasa aku. Wajah yang sangat sedap mata memandang. Hati aku terus jatuh. Haris muncul dalam hidup aku secara tiba-tiba, dan membahagiakan aku sehingga ke hari ini. Haris memang pandai mengambil hati aku. Dia tahu bila hendak bergurau dan bila hendak serius. Adakala, kami berdua akan bincang tentang isu semasa dan juga teori-teori konspirasi. Tentang konspirasi Yahudi, the lost tribes of Israel, atau tentang illuminati. Aku suka bincang perkara ini dengan dia. Apabila berada dengan dia, keseluruhan kisah sedih silam hidup aku, aku lupakan dan aku biarkan sahaja di belakang aku. Haris adalah sebab untuk aku bangun setiap hari, Haris juga adalah sebab untuk aku senyum setiap hari. Dan kalau aku tidur, raut wajah Haris yang aku mahu mimpi. Haris sahaja.
Namun tidak semua tentang Haris yang bahagia sahaja. Macam hubungan kekasih biasa. Ada suka, ada duka, ada gembira, ada hampa. Seperti dua hari lepas, aku dan Haris, ada sedikit perselisihan faham. Aku pulang lambat, kerja terlalu banyak di pejabat. Sampai sahaja di pintu rumah, dia sudah tunggu di sofa. Dengan muka yang monyok. Aku mula menyumpah diri sendiri. Macam mana lah aku boleh lupa, malam itu adalah ulang tahun pertama aku dan Haris. Aku pun duduk sebelah Haris dan menyapa dia. Dia senyap. Tiada respon. Oh tidak, dia sudah memberi aku 'the silent treatment'. Hey, itu sepatutnya senjata perempuan, kenapa pulak Haris yang menggunakannya. Aku mula menggapai tangannya. Haris masih senyap. Aku mengucup pipi Haris sambil bisik, "I'm very sorry. Happy anniversary Sayang." Dia hanya berkata, "hmm."
Aku sudah hampir hendak give up. Aku pandang ke arah meja makan. Ada makanan. Ahh so sweet, Haris sediakan makan malam rupanya untuk kita berdua. Aku terus menarik tangan Haris. Tanpa banyak rintangan, dia mengikut. Good advancement. Tarikkan kerusi untuk dia, dan biarkan dia duduk di situ sebentar. Sepantas kilat, aku masuk ke bilik dan tukar baju. Dari baju pejabat bosan ke dress babydoll pendek. Sangat pendek. Kalau aku tunduk, memang nampak lah segalanya. Dan rambut aku dari bersanggul, aku lepaskan sahaja. Let the curls flow free.
Aku keluar dari bilik, Haris sudah resah. Pasti dalam hati dia berbisik, "Apalagi, dia hendak buat ni?" Dia memang tahu aku sangat unpredictable. Aku pandang Haris, wajah dia sudah tidak sejuk. Aku terus mula bicara. "I'm going to serve you today. Just tell me anything, your wish is my command." Haris mula mengukir senyuman. "Yes!!!", jerit hatiku. Lega pun ada. Dia mula bercakap, "I'm hungry, let's eat. Well, you are going to serve me right. After being such a naughty girl, you need to be punish." Aku membalas,"Ai ai, sir. Just let me handle you for the night, sir." Aku senyum kembali.
Aku mula menyuap makanan ke dalam mulut Haris. Dan dia pun suapkan potongan lamb chop ke dalam mulut aku. Not bad masakan Haris, not bad at all. Aku dan Haris mula bercerita, seperti biasa. Masa makan bersama pasti diiringi cerita dan updates tentang hidup masing-masing. Kali ini juga aku dibasuh, tentang ketaksuban aku dengan kerja sehingga melupakan dia. Aku bukannya taksub, cuma aku fokus. Dan aku terima saja. Aku sedar aku yang bersalah. Tapi aku lega dan gembira, apabila menatap wajahnya yang sedang membebel dan menasihati aku. Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang masih sayangkan aku. Aku bersyukur, sangat bersyukur. Malam itu, aku peluk dia kuat-kuat, dan juga erat-erat, kerna aku takut akan kehilangannya.
Kehidupan simbiosis aku dengan Haris tidak diketahui oleh ramai orang. Aku memang tidak suka berkongsi cerita peribadi aku dengan orang lain. Malah ramai kawan-kawan aku yang tidak tahu pun aku sudah berpunya. Setahu mereka, aku masih the single girl. Yeah, the single girl who got rejected like a million times. Itu saja aku exaggerate. Dan di pejabat ada seorang lelaki yang agak suka berborak dengan aku. Kalau lalu di cubicle aku, pasti dia akan singgah untuk borak dan kacau aku. Nama dia, Lutfi. Aku hanya anggap dia sebagai kawan biasa, sehingga lah pada hari jadi aku dia belikan aku CD Reza Salleh, penyanyi kegemaranku. Aku agak terkejut dan terfikir, bagaimanalah dia tahu aku sangat gilakan Reza Salleh. Rupanya, dia pergi merisik maklumat dengan seorang kakak di pejabat. Gigih dia ni. Dan dalam sarung CD itu, dia selitkan satu nota. Katanya, dia sangat suka kat aku. Barulah aku tahu, dia menyimpan perasaan dekat aku rupanya. Padanlah suka sangat menyinggah dan mengacau.
Tapi, aku sudah ada Haris. Setiap kali aku sebut nama dia, adrenalin pasti akan memenuhi badan aku. Jantung aku pasti akan berdegup dan berdetak dengan lebih laju. Maka, aku buat keputusan untuk berterus-terang dengan Lutfi. Aku janji untuk keluar makan malam dengan Lutfi. Dan aku akan membawa Haris. Aku rasa aku sudah bersedia untuk mewar-warkan kepada dunia tentang kekasih hati aku, Haris. Tidak perlu selindung lagi. Aku akan tolak Lutfi dengan baik. Pasti dia akan faham. Lagipun hati aku tidak ada pada Lutfi, hanya ada pada Haris seorang. Haris pun bersetuju dengan rancangan aku ini. Aku dan Haris tidak pernah bersembunyi apa-apa. Apa yang berlaku dalam hidup aku, semua dia tahu.
Pada malam itu, aku dan Haris menunggu Lutfi di Ben's KLCC. Lutfi sampai dalam pukul 8 malam dengan satu satu bunga ros di tangan dia. Dia terus datang ke meja dan menyapa aku, dan memberikan aku bunga ros itu. Aku agak kaget, berani juga Lutfi ini, memberikan bunga ros kepadaku di hadapan Haris. Haris terus berkelakuan pelik, dia terus minta diri, nak ke tandas katanya. Aku hanya mengangguk sahaja. Aku rasa dia rasa sedikit cemburu. Haris oh Haris, sekurang-kurangnya aku tahu dia sayang aku. Orang kata kalau cemburu ni tandanya sayang.
Aku dan Lutfi duduk. Dan memesan makanan. Aku mula berterus terang dengan Lutfi. Aku ceritakan tentang perasaan. Dan bahawa aku anggap dia sebagai kawan yang baik bagiku. Setakat ini, Lutfi kelihatan tenang. Bagus. Selepas itu, aku ceritakan tentang kekasih aku, Haris. Lutfi mula resah dan nampak tidak keruan. Lutfi juga nampak distracted. Dia bertanya apa kurangnya dia berbanding Haris. Aku katalah, Haris lah yang memahami aku, menyayangi aku dan dia lah yang ada di sisi aku saat aku sangat vulnerable. Pelik juga aku, mana lah Haris ni, lamanya pergi ke tandas. Dan soalan cepumas, dari Lutfi, siapa Haris? Sebab setahu dia, aku seorang gadis yang single. Dia sudah bertanya semua rakan aku. Aku pun menjelaskan,"Eh, bukan tadi awak jumpa dia kan? Dia ada duduk di sebelah saya ni. Dia pergi ke tandas, tapi lama pula, tak pulang-pulang. Buang air besar kot."
Lutfi terus pandang muka aku dengan pandangan yang agak pelik sambil berkata dan menggelengkan kepalanya, "Ok, I give up." Dan dia pun angkat kaki dan pergi. Dan aku duduk di situ menanti Haris. Kekasih hati aku. Dan itu pun dia, sedang berjalan ke arah aku sambil tersenyum.

Comments
Post a Comment