Seratus Empat Belas 114
#CertotFixi Romantis
Aku tidak tahu mengapa setiap kali kalau dekat dengan dia, jantung aku bagai berlari. Simptom jatuh cinta barangkali. Dan aku rasa tidak bermaya. Tidak bermaya untuk menolak perasaan yang semakin kuat. Ahhh, aku benci perasaan ini. Kerana, mungkin dia akan menolak. Selalunya, memang macam itu pun. Sebab itu, setiap kali aku jatuh cinta, aku akan merasa diri tidak cukup bagus untuk dia. Ini memang simptom jatuh cinta bagi aku. Cuma dalam hati aku, aku berharap yang dia suka aku. Walau sebagai kawan sahaja. Itu sudah cukup untuk menggembirakan aku. Setakat ini semuanya okay sahaja, tapi sebelum dia pergi ke Phuket untuk mengambil lesen scuba instructornya, dia menyepi. Dan aku bagai menggila. Sebab rindu. Sebab risau. Sebab sayang.
Sehinggalah semalam.
"You, free tak esok?"
"Free. Kenapa?"
"Jom jumpa. I dah bersedia untuk jual hati I."
Comments
Post a Comment