Seratus Enam Belas 116

Pendidik bangsa.

Tidak pernah aku menyaksikan,
Dedikasi penuh jiwa,
Seorang pendidik bangsa,
Yang meninggalkan hiruk pikuk kota,
Dan juga meninggalkan kemudahan dan kesenangan kota,
Hanya untuk satu tujuan murni.

Untuk menanam ilmu,
Untuk menceritakan tentang dunia luar,
Pasal kapal terbang di langit,
Pasal bangunan tinggi pencakar langit,
Pasal juga kereta besar dan laju di jalan raya,
Kepada budak pedalaman,
Yang mungkin dunia yang pernah mereka melihat,
Di kampung itu sahaja.


Comments

Popular Posts